KURSUS PENDEK META-YIM@RDC
KURSUS PENDEK META-YIM@RDC adalah kerjasama di antara Fakulti Komputeran dan Meta-Teknologi, UPSI dan Yayasan Inovasi Malaysia (YIM) Bertempat di Ruang Daya Cipta, Tanjong Malim Perak.
Percuma!
Hanya 10 peserta/program sahaja
Terbuka kepada semua tidak kira pelajar atau apa pekerjaan anda.
MAKLUMAT PROGRAM |
|
Program/Projek |
Do-It-Yourself: Fun and Easy Gen-AI for Young
Computer Enthusiasts |
Tarikh |
04
Mac 2025, Selasa, 9.00 am – 11.00 am |
10 |
|
Kumpulan Sasar |
Pelajar
10-15 tahun |
MAKLUMAT TENAGA PENGAJAR |
|
Nama Pengajar |
Ts.
Dr. Nazre bin Abdul Rashid |
KETERANGAN
PROGRAM |
|
Ringkasan Program |
Program
"Do-It-Yourself: Fun and Easy Gen-AI for Young Computer
Enthusiasts" bertujuan untuk memberikan kefahaman asas dan praktikal
dalam ilmu Generative AI kepada peserta. Melalui pendekatan inovasi sosial,
peserta akan didedahkan kepada penggunaan teknologi ini dalam konteks
komuniti dan pembangunan masyarakat. Selain memahami konsep dan kepentingan
Gen-AI, peserta akan membangunkan aplikasi mudah Gen-AI secara kendiri untuk
menyelesaikan masalah sosial dan mencipta nilai tambah dalam kehidupan harian
mereka. |
MAKLUMAT PROGRAM |
|
Program/Projek |
Chatbot AI untuk usahawan |
Tarikh |
5
Mac 2025, Rabu, 11 am – 1 pm |
10 |
|
Kumpulan Sasar |
Komuniti |
MAKLUMAT TENAGA PENGAJAR |
|
Nama Penceramah |
Dr.
Muhamad Hariz Muhamad Adnan |
KETERANGAN
PROGRAM |
|
Ringkasan Program |
Program
"Chatbot AI untuk Usahawan" bertujuan untuk memperkenalkan komuniti
kepada asas penulisan prompt yang boleh digunakan dalam pelbagai platform
Chatbot dan model AI yang semakin berkembang. Peserta akan mempelajari teknik
penulisan prompt yang berkesan, bukan sahaja untuk meningkatkan interaksi
dengan chatbot tetapi juga untuk mengoptimumkan penggunaannya dalam dunia
perniagaan dan pemasaran digital.
Sebagai
sebahagian daripada dasar inovasi sosial, program ini memberi tumpuan kepada
pemberdayaan usahawan kecil dan sederhana melalui penyelesaian teknologi yang
inklusif dan mudah diakses. Peserta akan diberikan chatbot percuma yang
dihasilkan oleh tenaga pengajar untuk membantu dalam penulisan blog,
copywriting, pengurusan media sosial, dan pembangunan video.
Bengkel
ini mengutamakan pendekatan pembelajaran inklusif dan interaktif, di mana
peserta dari pelbagai latar belakang berpeluang mencuba sendiri menulis
prompt dan memahami kesannya terhadap hasil yang diterima. Melalui kaedah
yang santai dan mudah diakses oleh semua peringkat kemahiran, program ini
bukan sahaja bertujuan meningkatkan kefahaman teknologi tetapi juga
memperkasakan individu untuk menggunakannya dalam kehidupan seharian. Dengan
itu, bengkel ini menyokong inovasi sosial dengan membuka peluang kepada
masyarakat untuk menguasai kemahiran digital secara adil dan berkesan.
|